Kupang masak cili padi


Masakan ni simple dan sedap, bagi penggemar2 kupang kalau makan mesti bertambah-tambah nasi..

Bahan2 yang diperlukan
  • Kupang/ kerang 1 kilo
  • Bawang besar 2 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 2 biji (ditumbuk)
  • Cili padi 15 biji (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk/ dihiris
  • Lengkuas muda (ditumbuk - sedikit sahaja)
  • Serai (dititik)/ daun kunyit (dihiris)
    Cara2 memasak:

    • Cuci kupang hingga bersih
    • Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk/ dihiris dan serai , tumis sehingga naik bau/ garing
    • Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa
    • Masukkan kupang, tak perlu masukkan air kerana kupang akan mengeluarkan air
    • Masak sehingga kupang masak dan sebati dengan kuah

    Comments

    Popular Posts